Wednesday, 2 January 2013
Teluk Batik place Recreation
If visiting Lumut, do not forget to drop by Batik Bay Beach, a popular tourist destination among Silver. A sloping coastline suitable for a variety of activities either just sit back, bathing or picnic with friends or family members.
Long before the popular Teluk Batik ever be countrified fishermen per Batak tribes originating from Sumatra. The beach is crowded with locals trip air followup location about five kilometers (km) from the town of Lumut and 10 km from Sitiawan.
For their first time here, can follow the path junction and Muroh Gulf coast is the approximate air base of the Royal Malaysian Navy. However, need not worry as many signs as direction indicator built along the way, either from the city or the northern region.
Teluk Batik main attraction lies in its long white shorelines, as well as a range of facilities to make available for the convenience of visitors: W. A row of eateries, budget chalets and crafts booths facilitate their first visit to the beach resort.
Ru tree that grows in coastal areas also facilitate those who want to picnic and enjoy a meal of lunch with family members. After a day soaking waters, visitors can take the time to explore the souvenir stalls or buy seafood products such as fish satay, crispy squid and anchovies.
Besides seafood products sold at very affordable prices, clothing, T-shirts and sponges are among the popular gifts that are in high demand from visitors. There are a lot of local people owned budget accommodation near the Teluk Batik if visitors want to stay on this beach.
Memories Chalet Pak Man gains more example among visitors often visit Teluk Batik beach.
Manager, Othman Darus said, there are 10 chalets of traditional Malay house design.
He said each chalet features a variety of facilities ter in furniture, kitchen cabinet, refrigerator and television. It is priced at between RM90 and RM120 per night.
"The facility is provided that allows guests to cook meals while spending vacation time, seems like staying in your own house.
"The concept is very suitable, especially for families with many children and companies that want to celebrate together with their staff," he said.
Memories Chalet Pak Man also features a dining hall and seminars that can accommodate about 200 people at any one time. For those who love adventure, adventure trails cross pitch can be done in a group near the beach.
MALAY:-
Jika berkunjung ke Lumut, jangan lupa untuk singgah ke Pantai Teluk Batik, antara destinasi pelancongan popular di Perak. Persisiran pantainya yang landai sesuai untuk pelbagai aktiviti sama ada hanya duduk bersantai, mandi atau berkelah bersama rakan atau ahli keluarga.
Lama sebelum popular, Teluk Batik pernah menjadi per kampungan nelayan suku kaum Batak yang berasal dari Sumatera. Pantai ini sesak dengan kunjungan warga tempatan ber ikutan lokasinya kira-kira lima kilometer (km) dari pekan Lumut dan 10 km dari Sitiawan.
Untuk mereka yang pertama kali ke sini, boleh mengikuti laluan simpang Teluk Muroh dan pantai ini terletak ber hampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia. Bagaimanapun, tidak perlu risau kerana banyak papan tanda dibina sebagai penunjuk arah sepanjang perjalanan, sama ada dari ibu kota atau utara tanah air.
Tarikan utama Teluk Batik terletak pada persisiran pantai putihnya yang panjang, selain pelbagai kemudahan dise diakan untuk keselesaan pengunjung. Deretan kedai makan, chalet bajet dan gerai kraftangan memudahkan mereka yang kali pertama bertandang ke pantai peranginan ini.
Pohon ru yang banyak tumbuh di kawasan pantai juga memudahkan mereka yang ingin berkelah dan menikmati juadah makan tengah hari bersama ahli keluarga. Selepas seharian berendam air laut, pengunjung boleh meluangkan masa untuk meninjau gerai cenderamata atau membeli produk makanan laut seperti sate ikan, sotong dan ikan bilis rangup.
Selain produk makanan laut yang dijual dengan harga amat berpatutan, pakaian, kemeja-T dan bunga karang adalah antara cenderahati popular yang mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung. Ada banyak penginapan bajet milik penduduk tempatan berdekatan kawasan Teluk Batik sekiranya pengunjung mahu bermalam di pantai ini.
Chalet Kenangan Pak Man umpamanya kian mendapat tempat di kalangan pengunjung yang kerap kali mengunjungi pantai Teluk Batik.
Pengurusnya, Othman Darus berkata, ada 10 chalet dengan reka bentuk rumah tradisional Melayu.
Katanya, setiap chalet dilengkapi pelbagai kemudahan ter masuk perabot, kabinet dapur, peti sejuk dan televisyen. Ia ditawarkan pada harga antara RM90 dan RM120 semalam.
“Kemudahan disediakan itu membolehkan pengunjung memasak makanan sambil menghabiskan masa percutian, seolah-olah seperti tinggal di rumah sendiri.
“Konsep ini sangat sesuai, terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai anak dan syarikat yang mahu meraikan majlis bersama kakitangan mereka,” katanya.
Chalet Kenangan Pak Man juga dilengkapi dewan makan dan seminar yang boleh memuatkan kira-kira 200 orang pada satu-satu masa. Untuk mereka yang gemarkan cabaran, aktiviti lasak ter masuk merentas denai boleh dilakukan secara berkumpulan berhampiran pantai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment